Wednesday, October 5, 2011

...oh my UniMAP...

Masjid terapung mercu tanda baru pekan Kuala Perlis


2011/10/05

KANGAR: Masjid Terapung Kuala Perlis yang kini mewarnai wajah muara Sungai Perlis bakal menjadi mercu tanda baru pekan pinggir laut itu apabila ia mula digunakan secara rasmi Sabtu ini.

Masjid bernilai lebih RM12 juta yang diperbuat daripada pelbagai bahan mineral tanpa sebarang cat itu mempunyai reka bentuk unik dengan dewan solat menghadap ke laut.
Pengerusi Masjid Terapung Kuala Perlis, Profesor Datuk Dr Kamarudin Hussin, berkata masjid itu kelihatan tersergam indah dari arah laut dan darat dan bakal menjadi salah satu produk pelancongan di Perlis.
Masjid itu yang akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang disediakan Universiti Malaysia Perlis (UniMap), berupaya menampung sehingga 1,000 jemaah pada satu masa.

Kamarudin yang juga Naib Canselor UniMAP ketika ditemui Bernama hari ini berkata, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail akan berangkat merasmikan masjid itu Sabtu ini.

Beliau berkata, UniMAP diberi tanggungjawab mengendalikan masjid itu sebagai "Pusat Islam" dan ia akan dimanfaatkan dengan pelbagai kegiatan keilmuan sepanjang masa.

"Kami rasa bertuah kerana diberi tanggungjawab itu dan kira-kira 3,000 pelajar UniMAP di kolej kediaman Kuala Perlis sudah pasti antara yang akan memanfaatkannya," katanya.
Kamarudin berkata, masjid terapung itu bukan sekadar pusat ibadah tetapi juga akan menjadi tempat tumpuan pelancong asing dan tempatan yang sudah pasti ingin melihat keindahannya dari dekat.

"Kami juga akan mengawal kawasan ini supaya ia tidak disalahgunakan sebaliknya kekal sebagai pusat ibadah, pusat keilmuan dan pusat pelancongan," katanya.

Semalam, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melawat masjid itu.

Baginda yang diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut bertemu barisan jawatankuasa masjid yang diketuai Kamarudin. - BERNAMA

p/s...kt mna eh...x penah nmpak pon...

8 celoteh:

Adry@Daun said...

Masjid terapung tu jenis halimunan ke apa?? Misteri ni..haha.. Dh ada kot dlm laut tp egie tak perasan. Dewan solat pn mengadap ke arah laut bkn kiblat..hehe.. Laut tu arah barat dh kn...

ezy azira said...

@a.adry
haha...dh tau dh area mna...tp x sure...mmg x nmpk dari cni...kna p area medan selera 2 baru nmpak..kot..hehe...lma dh x jln2 area medan selera 2..huhu

Adry@Daun said...

Masjid ni nama Masjid Al Hussein rasanya. Rekabentuknya agk biasa bbanding masjid terapung T'ganu dan Penang. Danau To' Uban, Pasir Mas pn ada masjid terapung ni. Masjid ni lbh awal dibina banding masjid2 terapung kat ats tu.

ezy azira said...

@a.adry
owh yeke...xtau la nma masjid 2..nmpk dlm gmbr,x brape terapung pon..hihi..

Hamizi Azizan said...

Budak ni x baik mana -------->

tapi masjid dia nak guna untuk perlancongan tu jadi x best balik la... kalau dia highlight memang nak buat tempat ibadat memang sokong seratus peratus.. harap diorang elak la dari jadi benda yang sama kat masjid kristal.. apa pun nama unimap ada disitu!!! hahahahahahahahahaha dan haha lagi

ezy azira said...

@mizi
btol 2...
bgga jd wrga unimao kole perlis..hehe

EmbunRosaliza said...

Assalam dik, glemm lah pas ni kole perlis ya, terutama student unimap, tak kiralah tujuan pelancongan atau apa, ada juga tmpt nak solat, dan jadi tarikan pulak

ezy azira said...

@k.rosa
wslam...hehe...secara x lgsung...
btol 2...