Thursday, April 18, 2019

KURUNG STELLA RIAU

Assalamualaikum

Hari ni nak share baju kurung riau yang sangat cantik ni.
Nak tengok baju yang sebelum ni, boleh refer KURUNG AYUNA dan KURUNG ELSA
KURUNG STELLA RIAU 🌸 MATERIAL 🌸 -como crepe yang sangat selesa, tak panas, tak melekap dibadan dan yang paling best tak mudah kedut.. no hal kalau seharian akak-akak buat kerja😘.. 🌸 MODEN & EXCLUSIVE🌸 - Rekaan moden dan jahitan kemas menampakkan lagi exclusive si pemakai. bila nampak exclusive baru la berkeyakinan tinggi. Bila berkeyakinan tinggi baru mood pun happy bila berkerja😍.. 🌸 SIZE 🌸 - Jangan risau kami ada 6 jenis saiz sekecil 'xs' dan sechomel 'XXL'. Uolls pilih jer ukuran badan yang sesuai nanti kami tolong matchkan mana yang sesuai untuk badan uolss ye.. RM109 Semanjung Malaysia RM114 Sabah Sarawak










Wednesday, April 17, 2019

🌺KURUNG AYUNA🌺

Assalamualaikum..

Baju kurung kedua. Baju kurung cotton. Sangat cantik. Bila2 pon boleh pakai.

Post semalam boleh tengok sini ye, BAJU KURUNG ELSA

🌺KURUNG AYUNA🌺 DESIGN TRADISIONAL YG TAK LAPUK DEK ZAMAN. Corak Yg Sentiasa Menjadi Pilihan Koleksi Peribadi Wanita Melayu. ✔️ Design Kurung moden ✔️ Kain ringgan & lembut selesa dipakai ✔️ Harga of Course MAMPU MILIK ✔️ Material Hight Quality Cotton crepe ✔️ High Quality 100% Gred AAA ✔️ Saiz Available dr XS-4XL ✔️ Cutting Loose. Baju kembang bawah ✔️ Terletak Apabila Dipakai ✔️ Cutting Kain duyung ✔️ Pinggang Kain Bergetah Kiri & Kanan ✔️ kain Zip Sebelah Kiri 5 WARNA MENARIK LIMITED STOCK‼️ 🌸 ❌ kecut 🌸 ❌ berbulu lepas basuh 🌸 ❌ renyuk 🌸 ✅ mudah digosok 🌸 ✅ sejuk & selesa dipakai 🌸 ✅ CONFIRM repeat order 📍PROCEED ODER 2 DAYS RM100sm/105ss 2XL 3XL ADD RM10 4XL ADD RM15









Tuesday, April 16, 2019

BAJU KURUNG ELSA

Assalamualaikum

Puasa dah tak sampai sebulan dah kan.
Semua dah prepare nak puasa ke?

Kalau dah prepare, Alhamdulillah.

Kita prepare untuk hari raya pulak. Prepare awal2 x kalut.
Baju raya dah beli? Kalau belom, mai beli dengan saya, nak tmbah lagi pon boleh. Raya kan sebulan.
Hehe.

Ade banyak design baju raya ni. Saya akan share semua, Yang mana berkenan, boleh inform tau.
Semua yang saya jual ni, kebanyakannya FREE POSTAGE tau.

Beli awal, nanti posmen x kalut, kita pon x risau barang2 kita tu.

Design pertama namanya KURUNG ELSA.

5 warna yang menarik untuk di rebut

*design yang EXCLUSIVE,LIMITED EDITION
Menguna kan meaterial lembut dn tahan lasak
Menjadi pilihan wanita berkejaya

🍁material SB LINE + PEARLSKIN
🍁warna yang menawan dan memukau
🍁design kurung fishtial
🍁cutting princes loose dan berdutt berlakang
🍁jenis kain kembang payung
🍁pinggang bergetah
🍁saiz XS S M L XL XXL XXXL
🍁ade zip belakang baju
💎di hiasi brooch kat baju
✖️jarang
✖️kecut
✖️renyuk
√mudah digosok
√sejuk dan selesa dipakai
√tahan lasak & tak mudah luntur
√tampil cantik & menawan dengan design simple
√sesuai untuk majlis keramaian

PROSES 5 HARI

RM110 untuk semenanjung dan RM115 untuk Sabah dan Sarawak

2xl 3xl add rm 10






















Amacam? Lawa tak?



Friday, April 12, 2019

Happy birthday

Assalamualaikum

Takde ape nak share.

Genap 9 tahun dan blog ni dibuat, Walaupun tak aktif banyak2 tahun, tapi kenangan berblog terlalu banyak. Dapat buat ramai kawan dan sekarang dah jadi kawan di FB,

Happy 9th birthday my unloacked diary


Thursday, April 11, 2019

Prosedur beli rumah subsale part 3

Assalamualaikum

Sambungan proses PART 1 & PART 2

Untuk part 3, dalam masa lawyer sedang proses, kita akan dapat call lagi untuk nilai rumah kita tu.
Valuer akan pergi rumah tu, untuk cek semua. Proses ni kena bayar lagi RM650.
Lepas setel, kita akan dapat report dari valuer tu. Yang ni just report, x payah buat ape.

Lepas tu, kena tnggu bank untuk hantar surat untuk buat bayaran kali pertama. Dah dapat surat, perlu bayar untuk bulan pertama walaupun tak dapat kunci lagi.

Dah bayar untuk bulan first, x lama dah la nak dapat kunci.
Untuk rumah kami, lawyer ada call untuk bayar cukai tanah dan cukai pintu.
Total cukai, RM129.10.

Pastu setel dah semua, bayar agent fee 1% dari harga rumah. Contoh rumah RM200000, agent fee RM2000.

Prosess kami terdelay sikit sebab valuer lambat dan clash dengan CNY. Ofis tutup, x dapat nak proceed. sepatutnya kami akan dapat kunci rumah lepas CNY, tp delay jadi awal bulan 3. Alhamdulillah delay sikit je.

Setel semua urusan rumah tp untuk utility macam air, elektrik dll tu, ikot negeri masing2 ye.

Total semua untuk proses rumah dari awal sampai habis untuk rumah RM200000


  1. Lawyer proses 1- RM500
  2. Lawyer proses 2- RM7229
  3. Valuer- RM650
  4. Agent fee- RM2000
  5. Cukai- RM129.10
  6. Duty stem- RM10
  7. Deposit Air- RM105
  8. Deposit Elektrik- RM100

TOTAL=RM10723.10

Total around RM11k++ termasuk la minyak dan tol semua. hee,

Dah boleh paham dah kot.
Habis dah pasal rumah. Semoga membantu sapa2 yang nak beli rumah, Tapi mungkin proses berbeza, depend pada agent.

Untuk rumah kami, kami guna agent hartanah MICB, kawasan Kedah boleh la cuba berurusan dengan syarikat tu ye.

Sekian.

Bye2,

Wednesday, April 10, 2019

Prosedur beli rumah subsale part 2

Assalamualaikum

Sambungan post prosedur beli rumah subsale.
Part 1 boleh rujuk SINI,

Part 1 saya cerita pasal process dari view rumah sampai sign LO. Proses lebih kurang sebulan dari date view rumah.

Lepas dah setel sign LO, next step sign S & P . Yang ni kena buat kat pejabat lawyer dah.
Kalau kita guna agent hartanah, merka akan prepare semua, lawyer, bank dan lain2, Kita just tggu bila perlu jumpa mereka je.
S & P ni mesti ade buyer and seller. Ofis lawyer kami kat Sungai Petani. Proses ni ade fee, kena bayar RM500
Siap sign S&P ni nak kena tunggu lagi untuk proses kluarkan duit dalam akaun 2 kwsp.

Sebelum  lupa, nk beli rumah ni, ada yang ambik deposit, ade yang tak. Untuk rumah kami, agent x ambik deposit. Dan kmi buat full loan sorang, dan x conbine dengan EPF saya.hee.

Ok, dah dpat p kwsp untuk keluarkan duit dlam akaun 2 kwsp, kna tggu duit masuk akaun dlu la. proses dalam 3 hri bekerja.


Proses kali ni.

Sign S&P- 10 Dec 2018 ( date birthday saya. haha)
EPF kwsp dapat duit - lupa date kalau x silap 27 Dec 2018
Kos lawyer 1- RM500- 11 Dec 2018
Bayar kos lawyer full- RM 7229- 31 Dec 2018

Dah bayar duit lawyer, tunggu la update dari agent dan lawyer.
Sambung next post.

Bye2.


ehsan google




Tuesday, April 9, 2019

Prosedur beli rumah subsale part 1

Assalamuaikum

Hari ni nk share pasal prosedur beli rumah subsale/second hand serta bajet yang perlu dikeluarkan.
Ni mengikut pengalaman kami. Orang lain, mungkin lain caranya.

Mula2 kita cari la dulu rumah yang kita nak. Kam i cari guna mudah.
Ok, kat Mudah kitaq tengok ade banyak iklan rumah dan kita mungkin perasan,ada rumah yang sama, tapi harga berbeza. Kalau kita dah berkenan, kita kena tengok lagi detail.

Ape yang kami buat, kami akan tengok iklan tu dri agent atau owner sendiri.
Agent pulak, kalau ade tulis agent verified. Search dulu pasal agent tu. kalau mmg trusted, boleh la contact untuk tanya lagi detail. Check betol2 sebelum contact.

Bila dah contact, set appointment untuk view rumah. Kalau berkenan sangat la, agent atau dengan nama lain Real Estete Negotiator ( REN ) akan inform untuk kita sediakan dokumen,
Macam kes kami, kmi dh prepare semua dokumen, lepas view rumah, terus pass dokumen pada REN tu untuk proceed loan. Kalau semua ok. Loan dah pass. dah boleh tunggu banker akan call untuk sign Letter Offer ke ape tah namanya tapi nama glemer LO. Banker akan explain semua pasal loan, berapa perlu byr monthly, insurance dan lain2 lagi.

xnak tulis panjang2, nanti pening saya nak kena refresh balik semua proses.

Dokumen yang REN saya mintak hari tu.

  1. Photostat IC
  2. Slip gaji 6 bulan
  3. Pengesahan pekerjaan
  4. EPF statement
  5. Photostat IC isteri kalau dah kahwin
  6. 3 bulan bank statement
Tu dokumen yang REN mintak, tapi munglin lain orang lain banyak dokumen. Macam suami saya, dia keje swasta, untuk kerajaan. Lain la ye.

Untuk proces rumah kami:

View rumah- 1 Nov 2018
Sign LO-  29 November 2018

Saya sambung next post proses lepas sign LO.

Bye2..
ehsan Google 

Monday, April 8, 2019

kisah kucing lagi

Assalamualaikum

Kisah kucing lagi.
Semalam share pasal kucing kat kampung suami.
Hari ni nak share another kisah sedih pasal kucing di kampung saya.

Kucing warna hitam, Pok Ite, bukannya kucing peliharaan arwah bonda saya. Tapi kucing tu selalu ade kat rumah dari kecil lagi.
Bonda saya kiranya macam mak angkat kucing tu.hee.
Pok Ite tu cedera, macam patah belakang. Saya lupa kisah tu.
Tp pok ite tu ok je. sihat saje.

Tapi kisah sedih 1, masa tahun 2014, kelantan kan banjir besar. Tibe2 Pok Ite hilang macam tu je. Tak tau pegi mana. Dan x balik2 dah. Kami ingt dia dah mati. huu.

31 March 2019, kakak saya update, katanya Pok Ite datang balik. dah lebih 4 tahun menghilang, tiba2 balik ala2 jejak kasih gitu. Tapi bonda saya dah pergi dijemput Ilahi tahun 2016. ;(
Pok Ite kembali, mungkin balik mencari tuannya yang dah pergi..



Kenangan terakhir dengan arwah bonda.
Alfatihah









Sunday, April 7, 2019

kisah kucing

Assalamualaikum. 
ini kisah kucing kat kampung suami. kisah sedih. 
setakat yang saya tahu, kucing besar ade 2 ekor saje.tapi selalu bunting bersilih ganti. seekor beranak, pastu smbung seekor lagi. Famili mertua pnggil puteh dgn tampung. Sekali beranak, ade 3 dengan 5 ekor. selalu dapat tahan seekor atau 2 je. yang lain mati. saya suka main dengan anak2 kucing. jadi agak terasa bila balik kg minggu selepas tu , anak2 kucing dah mati. sedih. x dpt main lagi.
hari tu yang paling banyak kucing kat rumah ade 9 ekor termasuk yang kecik2. dalam bulan 3.yang sebelum tu x kira, bnyak yg dah mati.. sekarang tinggal 5 ekor je. 
last week still ade 7. Minggu ni balik kampung 2 ekor dh mati semalam atau awal lagi. then pagi ni, mak yang anak 5 ekor tu pulak dah mati.. huhu. mak anak 5 semalam atau dlm minggu lepas, 2 ekor anak dia dh mati. hr ni, saya tengok 3 ekor lagi anak yg mati mak tu, pon dh x larat. xtau bila last diorang minum susu sebab maknya hilang xtau p mana dan hr ni jumpa bangkai. huu. 
tunggu keturunan baru pulak la. ade sekor lagi kucing besar yang sihat. tp suka meronda. hehe

anak kucing ni lama dah mati. ni generasi awal lagi.dan kucing besar tu la yang dah mati baru jumpa bangkai pg ni.  😢

ni 5 beradik yang tinggal 3 ekor dan dah tak larat

ni 2 ekor yang dah mati. 
mak mati, 3 adik beradik pon dah x larat

kisah2 kucing di kampung suami. sedih. nanti saya share lagi 1 kisah kucing. pon kisah sedih.. 😢



Friday, April 5, 2019

Ebookku MommyHana



Assalamualaikum.

Lamanya tak bersiaran.

Macam macam benda dah jadi dalam masa dekat setahun blog ni terbiar.

Start dari hari Jumaat yang baik ni, saya akan mula aktif balik blog. InsyaAllah.

Okeh. Hari yamg baik ni, saya nak share sikit pasal produk dari Mommy Hana ni yang sangat awesome..

Ebookku.

Ok, Ebookku macam buku tapi sarat dengan ilmu yang merangkumi semua sukatan pelajaran. Pendidikan dengan bunyi yang dapat membantu proses pembelajaran kanak2


  • Kelebihan ebookku
  • Mengurangkan ketagihan smartphone
  • Mengelakkan kerosakan mata
  • Menarik minat anak2 untuk fokus dan belajar
  • Anak belajar solat dan doa dengan mudah


Age: 3 months – 8 years oldMaterial : Plastic and hard copybook
Battery type : 3 pieces AA battery
Book dimension : 28 x 27 x 2 (cm)
Weight : 600 gram
Warranty : 30 days







Harga promosi RM69 tak termasuk pos.
Berminat boleh komen. Saya akan contact secepat yang boleh.
Terima kasih.

Bye2.