....mntak c n p ye k.DJ
Bahan-bahan :
Bahan A :
10 g serbuk agar-agar
800 ml air
1/2 cawan gula Bahan B :
1/2 cawan serbuk horlicks
8 sudu besar susu pekat manis
1/2 cawan air panas Bahan C :
5 keping roti sandwic (dipotong 4)
2 biji telur
250 ml susu cair
1 sk esen vanilla Lain-lain :
2 sudu makan marjerin/mentega
krim coklat / ganache (utk hiasan) - optional
Cara-cara :
1-Satukan bahan A di dlm periuk dan didihkan hingga gula larut.
2-Bahan B dibancuh hingga larut. Kemudian masukkan ke dalam bahan A.
3-Bahan C dikisar hingga halus dan tuangkan ke dlm larutan agar2 tadi. Kacau perlahan-lahan.
4-Akhir sekali masukkan marjerin/mentega. Kacau lagi hingga kelihatan pekat.
5-Setelah masak, tutupkan api. Tuangkan ke dalam loyang atau bekas yg bersesuaian.
6-Jika suka, tuangkan ganache ke permukaan puding terlebih dahulu mengikut kreativiti masing-masing. Untuk ganache, DJ menggunakan coklat masakan 50 g + 1 sudu makan butter + 1/4 cawan susu segar yang dicairkan secara double boil.
7-Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. (Boleh juga dihiaskan dgn ganache setelah puding sejuk atau ikut langkah no 6)
7 celoteh:
Salam tuan umah.. comelnye puding tu. Dh nmpk mcm kek besday je.
wslm...hekhek...kunun2 kek bday la 2...
puding strawberry xde ke?ahakz ;)
Salam, smlm dh komen dn dh publish tp semua komen kat blog2 lain pn hilang. Puding tu comey mcm kek besday..
internet x brape shat...
sugar2~puding stroberi x smpat nk buat...tp pding biskut+jem stroberi ada...
Salam. nampak menarik dan sedap. Dah copy pun resepi. Ada masa mesti cuba.
tq.
Post a Comment