Friday, April 29, 2011

...saya org kelantan,anda?..

.assalamualaikum...hari ni mau share2 lagik...moh kita baca...

Keistimewaan orang kelantan


1. Kelantanese use a proper Malay word.

Tidak seperti negeri-negeri lain di malaysia, orang kelantan tidak merosakkan perkataan yang terdapat didalam bahasa melayu standard. seperti contoh:

Ulau - Melaka

Ulaq - Kedah

Ulor - Johor

Ular - Kelantan ( ooo-laaa)

dan banyak lagi…


2. Kelantanese don’t ‘cakap kelantan’.

Orang kelantan tidak cakap kelantan, mereka ‘kechek kelate’. Bahasa kelantan mungkin merupakan bahasa yang paling sukar untuk difahami diantara kebanyakkan dialek yang ada di malaysia (selepas bahasa sarawak, dan sabah).

Bahasa kelantan tidak menggunakan imbuhan dihadapan sesuatu perkataan tetapi lebih kepada menggunakan sabdu, dan ayat didalam bahasa kelantan tidak dimatikan dihujungnya. contoh:


berjalan - jale (Jjaa-ley)

bermain - maing (Mmaa-eng)



3. Kelantanese have their own currency.

Mungkin ramai yang tidak tahu tapi orang kelantan tidak menggunakan matawang RM atau ringgit malaysia. Mereka mempunya matawang mereka sendiri iaitu Riyal atau sebutan nya lebih berbunyi ‘ghiya’. Walaupun ‘ghiya’ kelantan tidak diniagakan di pasaran antarabangsa dan exchange rate antara ‘ghiya’ dan RM adalah sama, malah wang yang digunakan adalah sama. Tetapi Ringgit adalah lebih kecil sekiranya digunakan di kelantan.


Contoh:

Situasi seseorang menggunakan Ringgit di pasar Siti Khadijah Kota Bharu:

“Mokcik, sayur kakung nih brapo ghiya slonggok ..?”

“slonggok tigo amah*, kalu nok ambik duo longgok, 2

ghiya”

perhatikan harga selonggok kangkung meningkat 50 sen dari harga dalam ‘ghiya’, malah dijualnya pulak dengan harga 2 longgok 2 ‘ghiya’ (atau 2 ringgit)


4. Kelantanese and ‘Budu’

Orang kelantan yang tipikal, amat gemar memakan budu dan ulam. Budu merupakan lebih dari sos untuk menyedapkan makanan, applikasi budu didalam makanan tiba ketahap ianya dijadikan kuah bagi mereka yang berdarah kelantan tulin.

contoh:

saiful: “aduh nampak gaya makan nasi ngan ikan rebus jelah kita malam ni” (sambil berwajah sedih) shazmin: “perrgghh, ni kalau ada budu ngan limau nipis, kena pulak ulam raja…” (sambil meleleh air liur)

So, kita dapat tahu dari situasi ini, shazmin adalah orang kelantan. (pergghh… budu ngan ulam raja)


5. Kelantanese are soft.

Orang kelantan adalah terkenal dengan sifat lembut mereka. Sifat sederhana dan pemalu merupakan sifat yang paling jelas. Tetapi sekiranya mereka berada didalam kelompok yang mereka berasa selesa, mereka merupakan orang paling friendly dan kuat berseloka.



6.Wau bulan

Wau bulan merupakan permainan traditional orang kelantan, tetapi lebih kepada mereka yang tinggal di pesisiran pantai. Ini adalah kerana angin yang kuat dan dahulunya ketika angin kuat mereka tidak boleh pergi menangkap ikan oleh itu mereka mengisi masa lapang dengan bermain wau.



7. orang kelantan mempunyai berbagai kata ganti nama mengikut keadaan tertentu

‘kito’ digunakan bila bercakap dengan orang lebih tua

‘ambo’ untuk menunjukkan humbleness

‘kawe’ dengan kenalan biasa

‘aku’ dengan member2 rapat

‘oghe’ dengan family

’sayo’ untuk formality


saya bngga jadi ore kelate...hahaha...


p/s negeri2 lain jga ade keistimewaanya... :)


dicedok dari fb...mekasih ye..

14 celoteh:

EmbunRosaliza said...

akk bangga jd ore klate

ezy azira said...

hehe,,,adik pon.

Hamizi Azizan said...

Kedah merupakan negeri yang paling terbaik.. sebabnya..

kedah ni orang sembang la macam mana pun ayat dia tetap orang paham.. tak kisah kelantan ka teganu ka.. memang semmua faham la katakan..

kalau bab matawang.. kedah paling best.. sebab guna RM.. senang.. p mana semua dapat paham.. hahaha

kalau bab makanan.. ok orang kedah ni masyarakat yang universal.. semua benda depa bedal.. x memilih.. xda alahan atau food blocking

kedah ni kasaq tapi....... ha.. kena tau satu ja.. kedah orang paling terkenal ngan sifat ambil berat depa.. ayat nampak ja kasaq.. tapi hati bek bek ja..

permainan.. kedah xsuka main2.. hek3.. sebab depa suka tanam padi.. tau mana?? cek tau la cek orang kedah.. kacuk terengganu..

dan yang paling penting.. KRU ambik hikayat sultan kedah untuk buat cerita.. iaitu HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA.. hikayat sultan pertama kedah (langkasuka = langkawi)

adeh penat eh.. komen dah macam buat entry ja.. hahahaha

saya bangga jadi orang terengganu

LiNa_Pg said...

sokong 100%

zul permatang badak said...

Mmmmm lagu tu deh.....pah demo ni asal kelate deh...duk mano tu...

ezy azira said...

@mizi
dilarang buat entri di sini..hahah...
mknanya kedah xde keistimewaan la kan...sumenya universal...haha...xde yg unik la...muhahahah...

ezy azira said...

@k.lina
hehehe...bngga2

ezy azira said...

@saudara zul
ore tnah merah..hehe

Hamizi Azizan said...

oit oit oit.. kedah banyak kot istimewa.. heh3... kutuk ek...

M@M@ SH@RIDZ said...

akak orang kedah, tapi sekarang stay kat perak. akak suka kelate sebab dulu masa belajo kat kelate. teringin nak menjejak kaki ke sana kembali. teringat nasi kelabu ketereh....muaah...sedapnya...

ezy azira said...

@mizi
wekk :P

ezy azira said...

@k.edda
owh...merntau ni..hehe....nasi kelabu ketereh 2 nasi ape kak?

ayunalisa said...

bangga jd ore klate ni.. g je negeri mna2 kt mesia ni..msti ade ore klate..

ezy azira said...

@k.ayu
hahah...tau xpe.