Monday, October 10, 2011

...geniuskah anda?...

Ade sedikit soalan nak tanye korang.
Saya tahu anda semua genius.
Jawap soalan dibawah…tapi AWAS!! jangan terlalu lama untuk jawab soalan dibawah.
Goodluck..☺

Ujian Dementia
Betapa cekapnya anda!!

Di bawah ada (4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?

Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda…..

Ready? GO!!! (lihat bawah)

Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~

Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?

Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat…? (lihat bawah)

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~

Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?

Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?

Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah…

Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 …. Campur lagi 1000 . Campur lagi 20… Campur lagi 1000 . Campur lagi 10….. Berapa kah jumlah semua?

Lihat bawah untuk …jawapan.. ..

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~

Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan sebanar adalah 4100.

Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul … Cuba .

Soalan keempat:

Bapa sadah ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~

Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Sadah. Baca semula soalan!

Okay, cuba jawab soalan bonus:

Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. …?

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~

Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati

Mudah sahaja.


**sumber dr fb..

Related Posts:

  • ...lelaki,perempuan dan bahasa kiasan..assalamualaikum perempuan suka gna bahasa kiasan dlm percakapan...betol x?saya pon perempuan jgak,jd sya pon suka gna bahasa kiasan...hihi...#pengakuan di situ# lelaki lebih suka berterus terang..#berdasarkan pemantauan seke… Read More
  • ...already gone..assalamualaikum... saya lapar sangat2...tp malangnya xleh nk mkn ape2 pon utk hari ni...huhu..kesnya adelah..tgk SINI....huhu...sakitnya semalam x payah nk cerita la... tp hari ni sakit lain plak...kalau semalam sakit sebel… Read More
  • ...important notice...assalamualaikum...hepi weekend. . bg pengguna shoutmix..thun dpan dh kna byar...dh x free dh...saya ni pengguna setia shoutmix...dh kna tukar jgak dh...tp buat masa sekarang ni,sy masih gna shoutmix 2...tp td dh bok cbox dh u… Read More
  • ...boring.assalamualaikum. boring tahap kritikal...xtau nk buat ape...nk buat mini projek pon x reti ni..aiyoo...plan hari ni dh tercancel dah...xpe la...nk buat cmne...kita hnya mmpu merancang,hnya Tuhan menentukan.... plan hari ni,… Read More
  • ...i hate this feeling... assalamualaikum sakit itu menyerang lagi... sakit woo gigi ni... sakit kepala lagi... mcm2 hal betol la.. thnks 2 my my fren yg concern kt saya ni... time kasih ye.. … Read More

4 celoteh:

Adry@Daun said...

Haha...abe jwb betoi kecuali yg no 4 tu. Tak perasan nama sadah sbb huruf s tu kecik bkn 'S'...hehe...

Hamizi Azizan said...

yah!!! berjaya menjawab semuanya dengan betol!!! ( setelah meneliti soalan tersebut berkali2 dan berfikir hampir berminit2 dan baru menjawabnya dan lalu melihat jawapan.. yahZ!!! betol!!! hah2!! dulu cita2 nak jadi cikgu BM jadi belajar perhati ayat itew.. hah3... riaknya hamba... hehe)

ezy azira said...

@a.adry
hehehe...cuba lagi ye...

ezy azira said...

@mizi
oh ye...gud2