Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka
akan dibiarkan Dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka
tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Al Ankabuut 2.
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa
akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara
ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa
musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan
berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji
seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada
Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
Dan kerana sesuatu ujian itulah yang
membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa
dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak
duri, ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya,
mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat
sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu
segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.
Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam
menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.
Jika kita anggap diri kita ditimpa
musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang
mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah
kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau
lebih besar dari kita.
Allah tahu kita kuat dalam menghadapi
ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita
dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai
hambaNya.
Firman Allah Taala yang bermaksud :
Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Al Baqarah 286.
Allah menguji seseorang bukan kerana
Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada
kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam
menghadapi ujianNya.
Pasti Allah telah aturkan yang terbaik
buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Alihkan pandangan
matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan.
Tetapi hanya Allah sahaja yang
mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia,
riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.
Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke
arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang
menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT,
sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita
lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah
yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu,
meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang
Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha
Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta
kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita.
Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya
tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali
kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing.
Yakin dengan diri, kuatkan azam dan
cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan
tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat atau lemah, carilah
sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita
dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat
kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan. Kita perlu tahu
selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah
dalam menghadapi ujian yang seterusnya.
Untung bagi mereka yang selalu diberi
ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi
hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa
yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
begitu bynk dugaan yang harus aku tempuhi...Ya Allah,kuatkanlah hati hambaMu ini..
5 celoteh:
assalam dik, jadi usrajah pula di pagi jumaat nan mulia ini. hidup sentiasa ada cubaan dan dugaan
wslm...sebagai renungan bersama..
Yg penting kita kena bersabar-sama macam akak jugak kena banyak bersabar dengan ujian ni..
betol 2 kak...mmgg kna byk sabar..
amin
Post a Comment