Wednesday, September 14, 2022

Pengalaman berbekam


Assalamualaikum selamat pagi

Nak tepek kt blog sebagai kenangan. 

31 Ogos 2022 org kalut pasal merdeka, kite p bekam. bebaskan darah kotor. 😂

Gugel2 cari tmpat yang dekat2 dgn review pon ok, jumpa la kt Bayan Lepas, Bekam Klinikal Penang. 

Alang2 dh PH. hasben pon cuti, buat appointment la siap2 seminggu sebelum.

Bekam hajima, bekam darah. Mula2 cam takut2 jugak la nk bekam. Takut sakit ke ape la. Macam2 la perasaan. Tp teringin nk buat.

Kt situ ada macam2 la pakej. Yang paling biasa RM70 13 cup. Nak sikit2 pon boleh 1 cup RM6 kalau x silap. Sebab nak try dulu, akak tu kata buat 6cup dulu. On la 6 cup. First time kan. Boleh la.

Bekam 6 cup tu sat je. Dalam 15 minit camtu je. klau yang 13 tu sejam. Kalau lagi banyak lagi lama. 

Masa bekam tu rasa darah keluar, fuh rasa lega sangat. Kt bekam tu pesen tak toreh, guna jarum2. Jadi rasa lagi ok la untuk kali pertama. Yang penting x sakit masa kena cucuk2. 

Lepas bekam, ada org kata akan pening. Tp hr tu siap p giant, mkan2 lagi. 😂. Tak tau la mungkin sebab 6 je kot. Ntah la. 

Tapi, jangan mandi lepas bekam. Sabar je la dulu. Sy mandi mlam dah la. 😂 😂. Bekam pukul 9. Siap p giant, balik x mandi2. 😂. Sabo je la. 

Kalau bekam msti la ada kesan cup tu. Ikot orang jugak la berapa lama nk hilang. Yang saya hilang sepenuhnya seminggu. Tu kt badan belakang je. Kalu yang buat kt muka atau kepala, xtau la. 

Kalau ada rezeki nk try yang 13 cup pulak. Tapi kena jarakkan 3 bulan lepas bekam. 

Kebaikan bekam, pantang larang boleh google cari yang yang mana2 sesuai untuk diri sendiri. 


Ok la. Bye. 


sumber acik gugel


2 celoteh:

LiNa_Pg said...

Best tak bekam?kakna tak pernah buat lagi...nanti ada bekas/kesan lebam haha

ezy azira said...

best masa darah keluar tu. haha. keaan tu xleh kata ape dah. kena saba seminggu.