Monday, April 8, 2019

kisah kucing lagi

Assalamualaikum

Kisah kucing lagi.
Semalam share pasal kucing kat kampung suami.
Hari ni nak share another kisah sedih pasal kucing di kampung saya.

Kucing warna hitam, Pok Ite, bukannya kucing peliharaan arwah bonda saya. Tapi kucing tu selalu ade kat rumah dari kecil lagi.
Bonda saya kiranya macam mak angkat kucing tu.hee.
Pok Ite tu cedera, macam patah belakang. Saya lupa kisah tu.
Tp pok ite tu ok je. sihat saje.

Tapi kisah sedih 1, masa tahun 2014, kelantan kan banjir besar. Tibe2 Pok Ite hilang macam tu je. Tak tau pegi mana. Dan x balik2 dah. Kami ingt dia dah mati. huu.

31 March 2019, kakak saya update, katanya Pok Ite datang balik. dah lebih 4 tahun menghilang, tiba2 balik ala2 jejak kasih gitu. Tapi bonda saya dah pergi dijemput Ilahi tahun 2016. ;(
Pok Ite kembali, mungkin balik mencari tuannya yang dah pergi..



Kenangan terakhir dengan arwah bonda.
Alfatihah









Sunday, April 7, 2019

kisah kucing

Assalamualaikum. 
ini kisah kucing kat kampung suami. kisah sedih. 
setakat yang saya tahu, kucing besar ade 2 ekor saje.tapi selalu bunting bersilih ganti. seekor beranak, pastu smbung seekor lagi. Famili mertua pnggil puteh dgn tampung. Sekali beranak, ade 3 dengan 5 ekor. selalu dapat tahan seekor atau 2 je. yang lain mati. saya suka main dengan anak2 kucing. jadi agak terasa bila balik kg minggu selepas tu , anak2 kucing dah mati. sedih. x dpt main lagi.
hari tu yang paling banyak kucing kat rumah ade 9 ekor termasuk yang kecik2. dalam bulan 3.yang sebelum tu x kira, bnyak yg dah mati.. sekarang tinggal 5 ekor je. 
last week still ade 7. Minggu ni balik kampung 2 ekor dh mati semalam atau awal lagi. then pagi ni, mak yang anak 5 ekor tu pulak dah mati.. huhu. mak anak 5 semalam atau dlm minggu lepas, 2 ekor anak dia dh mati. hr ni, saya tengok 3 ekor lagi anak yg mati mak tu, pon dh x larat. xtau bila last diorang minum susu sebab maknya hilang xtau p mana dan hr ni jumpa bangkai. huu. 
tunggu keturunan baru pulak la. ade sekor lagi kucing besar yang sihat. tp suka meronda. hehe

anak kucing ni lama dah mati. ni generasi awal lagi.dan kucing besar tu la yang dah mati baru jumpa bangkai pg ni.  😢

ni 5 beradik yang tinggal 3 ekor dan dah tak larat

ni 2 ekor yang dah mati. 
mak mati, 3 adik beradik pon dah x larat

kisah2 kucing di kampung suami. sedih. nanti saya share lagi 1 kisah kucing. pon kisah sedih.. 😢



Friday, April 5, 2019

Ebookku MommyHana



Assalamualaikum.

Lamanya tak bersiaran.

Macam macam benda dah jadi dalam masa dekat setahun blog ni terbiar.

Start dari hari Jumaat yang baik ni, saya akan mula aktif balik blog. InsyaAllah.

Okeh. Hari yamg baik ni, saya nak share sikit pasal produk dari Mommy Hana ni yang sangat awesome..

Ebookku.

Ok, Ebookku macam buku tapi sarat dengan ilmu yang merangkumi semua sukatan pelajaran. Pendidikan dengan bunyi yang dapat membantu proses pembelajaran kanak2


  • Kelebihan ebookku
  • Mengurangkan ketagihan smartphone
  • Mengelakkan kerosakan mata
  • Menarik minat anak2 untuk fokus dan belajar
  • Anak belajar solat dan doa dengan mudah


Age: 3 months – 8 years oldMaterial : Plastic and hard copybook
Battery type : 3 pieces AA battery
Book dimension : 28 x 27 x 2 (cm)
Weight : 600 gram
Warranty : 30 days







Harga promosi RM69 tak termasuk pos.
Berminat boleh komen. Saya akan contact secepat yang boleh.
Terima kasih.

Bye2.



Thursday, May 10, 2018

Bubur jagung simple

Assalamualaikum..
Terlebih rajin sikit ni update blog ni.
Dan terrajin jgak nak main masak2..
Last week p cameron,so kita beli la jagung..katanya jagung mutiara..4 ketoi rm10..kecik je..tp mmg manis la..kira berbaloi la kot.
Sumber resepi dr gugel.x ingt dh resepi sape.
Tapi sy dah ubah ikot bhan2 yg ada kt rumah je.

Bahan-Bahan:

2 batang jagung, hiris isinya
1/2 cawan gula pasir
1 sudu gula melaka cair (optional)
1 sudu kecil garam
1 kotak Santan..saya guna ayam brand
1 1/2 gelas air..ikot kepekatan sendiri.
2 helai daun pandan, carik dan simpul

Cara-cara

Masukkan semua bahan dan masak di atas api perlahan sehingga mendidih.
Kacau slow2 ye..kang terpelanting habis..hehe.
Kadar manis dan kepekatan ikot citarasa sendiri ye.

P/s..hasben kata sedap.tu yg penting
.

Wednesday, May 9, 2018

Akad nikah,majlis kesyukuran,bertandang

Assalamualaikum

Setahun tak update blog..
Last update cerita pasal tunang.sekarang dh kawen 7 bulan dh.doakan kmi cepat2 dpt baby ye. Muah ciked.

Tepek sikit sebagai kenangan.

Majlis akad nikah 14 Okt 2017.
Alhamdulillah..dgn sekali lafaz sy dh sah jd isteri kepada suami sy..hehe.
akad nikah waktu malam lepas isyak.




Esoknya 15 okt,mjlis kesyukuran + outdoor






Majlis bertandang pulak 18 okt.
Suami sy org kedah..hehe