Thursday, April 11, 2019

Prosedur beli rumah subsale part 3

Assalamualaikum

Sambungan proses PART 1 & PART 2

Untuk part 3, dalam masa lawyer sedang proses, kita akan dapat call lagi untuk nilai rumah kita tu.
Valuer akan pergi rumah tu, untuk cek semua. Proses ni kena bayar lagi RM650.
Lepas setel, kita akan dapat report dari valuer tu. Yang ni just report, x payah buat ape.

Lepas tu, kena tnggu bank untuk hantar surat untuk buat bayaran kali pertama. Dah dapat surat, perlu bayar untuk bulan pertama walaupun tak dapat kunci lagi.

Dah bayar untuk bulan first, x lama dah la nak dapat kunci.
Untuk rumah kami, lawyer ada call untuk bayar cukai tanah dan cukai pintu.
Total cukai, RM129.10.

Pastu setel dah semua, bayar agent fee 1% dari harga rumah. Contoh rumah RM200000, agent fee RM2000.

Prosess kami terdelay sikit sebab valuer lambat dan clash dengan CNY. Ofis tutup, x dapat nak proceed. sepatutnya kami akan dapat kunci rumah lepas CNY, tp delay jadi awal bulan 3. Alhamdulillah delay sikit je.

Setel semua urusan rumah tp untuk utility macam air, elektrik dll tu, ikot negeri masing2 ye.

Total semua untuk proses rumah dari awal sampai habis untuk rumah RM200000


  1. Lawyer proses 1- RM500
  2. Lawyer proses 2- RM7229
  3. Valuer- RM650
  4. Agent fee- RM2000
  5. Cukai- RM129.10
  6. Duty stem- RM10
  7. Deposit Air- RM105
  8. Deposit Elektrik- RM100

TOTAL=RM10723.10

Total around RM11k++ termasuk la minyak dan tol semua. hee,

Dah boleh paham dah kot.
Habis dah pasal rumah. Semoga membantu sapa2 yang nak beli rumah, Tapi mungkin proses berbeza, depend pada agent.

Untuk rumah kami, kami guna agent hartanah MICB, kawasan Kedah boleh la cuba berurusan dengan syarikat tu ye.

Sekian.

Bye2,

5 celoteh:

EmbunRosaliza said...

Baru betul rajin menulis

EmbunRosaliza said...

Baru betul rajin menulis

ezy azira said...

ni pon tulis 2 hari lepas. scheduled. haha.

I am LZ said...

Salam perkenalan ezzyra..
LZ pun dalam proses stage terakhir beli rumah sub-sale ni..
Bila dah settle semua nanti akan up juga dalam blog sebab lain orang lain pengalamannya.. Pengalaman LZ agak rumit sikit.. Apa pun, thank you for sharing...

ezy azira said...

salam kenal juga.. betol semua prosedur x sama kan.
moga dipermudahkan urusan. :)